Tuesday, July 27, 2010

Apa itu GST

Berikut merupakan perkara-perkara yang menerangkan apakah itu GST:

(i) GST adalah sejenis cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan bercukai oleh orang yang kena cukai dalam menjalankan perniagaan di Malaysia. GST juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.

(ii) Pembekalan barang dan perkhidmatan di dalam sistem percukaian GST diklasifikasikan status cukainya seperti berikut:
(a) berkadar standard;
(b) berkadar sifar; atau
(c) dikecualikan GST

(iii) GST dikenakan ke atas setiap pembekal yang berkadar standard oleh peniaga yang berdaftar di bawah GST (registran). Kadar standard yang dicadangkan 4%.

(iv) GST dikenakan pada setiap peringkat pembekalan di sepanjang rantaian pembekalan dari pengeluar hinggalah peruncit.

(v) GST sebanyak 4% yang dikenakan oleh seorang registran ke atas barang dan perkhidmatan yang dibekalkannya dipanggil ckai output, manakala GST yang dikenakan atau dibayar oleh registran ke atas barang dan perkhidmatan yang diperolehi untuk kegunaan perniagaanya dipanggil cukai input.

(vi) Registran tersebut akan mengakaunkan GST kepada Kerajaan di akhir sesuatu tempoh bercukai dengan menolak cukai input daripada cukai output. Tolakan ini disebut input tax credit (ITC).

(vii) Cukai output yang melebihi cukai input ataupun tidak ditolak apa-apa cukai input dikehendaki dibayar oleh registran dalam temppoh sebulan selepas suatu tempoh bercukai.

(viii) Sekiranya cukai input melebihi cukai output, perbezaan itu dibayar balik oleh Kerajaan kepada registran dalam tempoh 14 hari bekerja jika penyata dikemukakan secara eletronik dan 28 hari bekerja jika sebaliknya.

(ix) Kesan menggunakan prosedur tolakan cukai ini mengakibatkan cukai yang dikutip adalah cukai ke atas nilai ditambah justeru disebut VAT.

(x) Pembekalan yang berkadar sifar tidak mempunyai apa-apa impak GST kepada seorang pembeli tetapi registran yang membekalkan barang dan perkhidmatan berkadar sifar layak menuntut ITC.

(xi) Akan tetapi, bagi pembekalan yang dikecualikan daripada pengenaan GST pula, registran tidak layak menuntut ITC.

Sumber: Jabatan Kastam DiRaja Malaysia

Wednesday, July 21, 2010

Goods and Services Tax

KENAPA PERLU GST

(i) pelaksanaan GST adalah sebagai salah satu langkah menyusun semula struktur percukaian Negara.

(ii) Faktor-faktor yang mendorong untuk menyusun semula sistem percukaian adalah seperti berikut:

(a) terdapat kelemahan dalam system cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada
(b) hasil Negara terlalu bergantung kepada cukai pendapatan dan petroleum
(c) GST merupakan sumber hasil yang lebih stabil berbanding hasil daripada cukai pendapatan
(d) GST merupakan system percukaian yang lebih efisien, efektif dan telus.

(iii) cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan mempunyai kelemahan berikut:
(a) kesan bertindih & berganda (cascading effect & double taxation)
(b) kesan cukai bertingkat (compounding/pyramiding)
(c) terdapat elemen cukai jualan dan perkhidmatan yang terselindung dalam kos barang yand dieksport
(d) aktiviti pemindahan harga (transfer pricing)
(e) tidak menggalakkan penggabungan perniagaan (vertical integration)

(iv) sumbangan sector petroleum kepada hasil Negara telah meningkat dari 29.1% (1990) kepada 40.1% (2008). Sumbangan yang tinggi daripada sector petroleum sudah tentu tidak dapat dikekalkan memandangkan ianya merupakan sumber semakin susut.

(v) Kutipan hasil cukai langsung (cukai pendapatan, duti setem dsb) adalah 51.4% berbanding dengan 19.2% bagi cukai tak langsung.

(vi) Kebergantungan kepada sumber hasil cukai langsung akan memberi kesan negative terhadap hasil dalam keadaan Negara mengalami kemelesetan ekonomi.

(vii) Sebaliknya GST dipungut berasaskan kepenggunaan dan kurang dipengaruhi oleh factor luaran seperti kelembapan ekonomi dan sebagainya. Ole itu, GST merupakan sumber hasil yang lebih stabil

(viii) GST merupakan system percukaian yang lebih efisien dan efektif kerana mempunyai cirri-ciri berikut:
(a) kaedah perakaunan sendiri (self policing)
(b) mempunyai system semakan bersilang (cross checking)
(c) meningkatkan pematuhan cukai
(d) mengurangkan karenah birokrasi.

sumber:Jabatan Kastam Diraja Malaysia Putrajaya


isu akan datang:merungkai apa itu GST yg sebenarnya...

Monday, July 5, 2010

8 Nilai 1Malaysia

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu :

1.Budaya Kecemerlangan
Secara dasar, ianya satu usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, anda akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaya Kecemerlangan.

2.Ketabahan
Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun. Tetapi jika anda adalah seorang yang percaya kepada kerja keras, sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala dugaan, maka apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan, semestinya anda akan berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi dan berupaya meletakkan diri anda ke pangkal jalan, anda perlu menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi.

3.Rendah hati
Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset (pelaburan) kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati.

4.Penerimaan
ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara.

5.Kesetiaan
Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, dalam erti kata perlakuan pemimpin tersebut, komitednya pemimpin kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu anda hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan

6.Meritokrasi
Meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya. Frasa ini berasal dari buku tulisan Michael Young 1958 bertajuk Rise of the Meritocracy atau "Bangkitnya Meritokrasi", suatu kisah futuristik dimana status seseorang dimasyarakat ditentukan oleh IQ serta usahanya.

7.Pendidikan
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa.

8.Integriti
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Pada saya satu cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada rakyat. Bercakap benar kepada mereka.