Tuesday, July 27, 2010
Apa itu GST
(i) GST adalah sejenis cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan bercukai oleh orang yang kena cukai dalam menjalankan perniagaan di Malaysia. GST juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.
(ii) Pembekalan barang dan perkhidmatan di dalam sistem percukaian GST diklasifikasikan status cukainya seperti berikut:
(a) berkadar standard;
(b) berkadar sifar; atau
(c) dikecualikan GST
(iii) GST dikenakan ke atas setiap pembekal yang berkadar standard oleh peniaga yang berdaftar di bawah GST (registran). Kadar standard yang dicadangkan 4%.
(iv) GST dikenakan pada setiap peringkat pembekalan di sepanjang rantaian pembekalan dari pengeluar hinggalah peruncit.
(v) GST sebanyak 4% yang dikenakan oleh seorang registran ke atas barang dan perkhidmatan yang dibekalkannya dipanggil ckai output, manakala GST yang dikenakan atau dibayar oleh registran ke atas barang dan perkhidmatan yang diperolehi untuk kegunaan perniagaanya dipanggil cukai input.
(vi) Registran tersebut akan mengakaunkan GST kepada Kerajaan di akhir sesuatu tempoh bercukai dengan menolak cukai input daripada cukai output. Tolakan ini disebut input tax credit (ITC).
(vii) Cukai output yang melebihi cukai input ataupun tidak ditolak apa-apa cukai input dikehendaki dibayar oleh registran dalam temppoh sebulan selepas suatu tempoh bercukai.
(viii) Sekiranya cukai input melebihi cukai output, perbezaan itu dibayar balik oleh Kerajaan kepada registran dalam tempoh 14 hari bekerja jika penyata dikemukakan secara eletronik dan 28 hari bekerja jika sebaliknya.
(ix) Kesan menggunakan prosedur tolakan cukai ini mengakibatkan cukai yang dikutip adalah cukai ke atas nilai ditambah justeru disebut VAT.
(x) Pembekalan yang berkadar sifar tidak mempunyai apa-apa impak GST kepada seorang pembeli tetapi registran yang membekalkan barang dan perkhidmatan berkadar sifar layak menuntut ITC.
(xi) Akan tetapi, bagi pembekalan yang dikecualikan daripada pengenaan GST pula, registran tidak layak menuntut ITC.
Sumber: Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
Wednesday, July 21, 2010
Goods and Services Tax
(i) pelaksanaan GST adalah sebagai salah satu langkah menyusun semula struktur percukaian Negara.
(ii) Faktor-faktor yang mendorong untuk menyusun semula sistem percukaian adalah seperti berikut:
(a) terdapat kelemahan dalam system cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada
(b) hasil Negara terlalu bergantung kepada cukai pendapatan dan petroleum
(c) GST merupakan sumber hasil yang lebih stabil berbanding hasil daripada cukai pendapatan
(d) GST merupakan system percukaian yang lebih efisien, efektif dan telus.
(iii) cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan mempunyai kelemahan berikut:
(a) kesan bertindih & berganda (cascading effect & double taxation)
(b) kesan cukai bertingkat (compounding/pyramiding)
(c) terdapat elemen cukai jualan dan perkhidmatan yang terselindung dalam kos barang yand dieksport
(d) aktiviti pemindahan harga (transfer pricing)
(e) tidak menggalakkan penggabungan perniagaan (vertical integration)
(iv) sumbangan sector petroleum kepada hasil Negara telah meningkat dari 29.1% (1990) kepada 40.1% (2008). Sumbangan yang tinggi daripada sector petroleum sudah tentu tidak dapat dikekalkan memandangkan ianya merupakan sumber semakin susut.
(v) Kutipan hasil cukai langsung (cukai pendapatan, duti setem dsb) adalah 51.4% berbanding dengan 19.2% bagi cukai tak langsung.
(vi) Kebergantungan kepada sumber hasil cukai langsung akan memberi kesan negative terhadap hasil dalam keadaan Negara mengalami kemelesetan ekonomi.
(vii) Sebaliknya GST dipungut berasaskan kepenggunaan dan kurang dipengaruhi oleh factor luaran seperti kelembapan ekonomi dan sebagainya. Ole itu, GST merupakan sumber hasil yang lebih stabil
(viii) GST merupakan system percukaian yang lebih efisien dan efektif kerana mempunyai cirri-ciri berikut:
(a) kaedah perakaunan sendiri (self policing)
(b) mempunyai system semakan bersilang (cross checking)
(c) meningkatkan pematuhan cukai
(d) mengurangkan karenah birokrasi.
sumber:Jabatan Kastam Diraja Malaysia Putrajaya
isu akan datang:merungkai apa itu GST yg sebenarnya...
Monday, July 5, 2010
8 Nilai 1Malaysia
1.Budaya Kecemerlangan
Secara dasar, ianya satu usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, anda akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaya Kecemerlangan.
2.Ketabahan
Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun. Tetapi jika anda adalah seorang yang percaya kepada kerja keras, sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala dugaan, maka apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan, semestinya anda akan berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi dan berupaya meletakkan diri anda ke pangkal jalan, anda perlu menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi.
3.Rendah hati
Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset (pelaburan) kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati.
4.Penerimaan
ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara.
5.Kesetiaan
Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, dalam erti kata perlakuan pemimpin tersebut, komitednya pemimpin kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu anda hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan
6.Meritokrasi
Meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya. Frasa ini berasal dari buku tulisan Michael Young 1958 bertajuk Rise of the Meritocracy atau "Bangkitnya Meritokrasi", suatu kisah futuristik dimana status seseorang dimasyarakat ditentukan oleh IQ serta usahanya.
7.Pendidikan
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa.
8.Integriti
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Pada saya satu cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada rakyat. Bercakap benar kepada mereka.
Monday, April 13, 2009
Tolong baca kawan-kawan ku
Apakah ada penawar, atau satu cara untuk membersihkan politik? Kaum bijak pandai dan masyarakat secara amnya harus fikirkan bagaimana hendak wujudkan sebuah sanitation sistem, supaya najis-najis ini akan disalur keluar, jika tidak politik dan parti akan jadi seperti seorang yang sistem pencernaanya rosak. Mungkin itulah yang dimaksudkan Shahnon Ahmad tentang Tun Mahathir dalam novel Shitnya.
Jadi bagi aku, kita seharusnya mengutamakan musyawarah, bukan mufaraqah, yakni berbincang dulu demi menyelesaikan masalah, bukan langsung keluar, seperti yang berlaku ketika arwah Haji Muhammad Fuad yang tewas pada Tunku Abdul Rahman, terus menubuhkan parti Serpihan PAS. Atau Onn Jaafar dan Parti Negara, dan bagi mereka yang baru mula kenal politik, Anwar dan Parti Keadilanya.
Mufaraqah bila diamalkan akan menjerumus kepada kehancuran, kerana bila wujud parti serpihan atau Khawarij, mereka akan menjadi a state within a state, atau sebuah Negara dalam sebuah Negara yang lain, perhatikan sebuah keluarga yang berpecah. Sebuah nuclear family akan mengutamakan nasibnya dahulu sebelum nasib keluarga yang lebih besar. Lebih-lebih lagi kalau ia harus bersaing untuk mendapatkan rezeki yang sama dan terhad. Macam-macam strateji akan digunakan, dan strateji ini tidak terhad dengan memperbaiki produk tersendiri, tapi harus juga memburukkan produk lawan. Maka akan dikatakan mereka ini tidak boleh dipercayai, sering menipu (munafiq) dan akhirnya akan wujud budaya pengkafiran.
Tidakkah mereka memeriksa lembaran sejarah tentang politik serpihan ini? Puak Khawarij yang mendakwa puak Ali dan Muawiyah sebagai kafir, mereka pada asasnya bukanlah calang-calang sahabat, mereka mengamalkan solat malam, menghafaz Quran bahkan ada dikalangan mereka yang pernah bertemu Rasulullah SAW. Mereka mahukan segalanya dikembalikan pada Al-Quran dan sunnah, akan tetapi pada hari ini tidak ada ulama Ahlul Sunnah yang akan mengatakan bahawa tindakan mereka benar.
Tidakkah ulama PAS pada hari ini sedar bahawa apa yang mereka lakukan pada hari ini mengikuti corak langkah yang sama? Aku bukan nak menyangkal amal ibadah ulama PAS, ada dikalangan mereka yang imanya begitu tinggi dan sedikit sahaja yang mampu menandingi kekuatan spiritual mereka. Namun begitu, tak salah rasanya kalau aku nak ajak semua sekali orang-orang MELAYU dan ISLAM bermuhasabah diri, dan mengakui bahawa manusia mampu melakukan kejahatan dengan niat yang amat baik sekali.
Sabda Nabi; Akan keluar pada akhir zaman orang yang mencari dunia atas kedudukan agama, memperlihatkan pakaian agama di muka orang, lidahnya lebih manis dari madu, tapi hatinya adalah hati serigala"
Aku cadangkan macam mana kalau kita sama-sama berganding bawah satu haluan, hentikan perang saudara ini, cantumkan semula sungai yang lama terpisah, nescaya kemahuan dunia dan akhirat kedua- duanya dapat diperolehi. Insya-Allah hasil kerjasama kedua-dua idealogi yang berniat mahu majukan Malaysia dan masa depan umat Melayu agar menjadi kaum yang berilmu, berminda kreatif, berakhlak mulia dan mencintakan keadilan dan kebenaran. Insya-Allah, kaum Arab juga akan menurut precedent yang kita mulakan ini.
Hasil sintesis kedua-dua ini mampu menghasilkan bangsa yang berintegriti. Country before party. Cuba contohi Khairy Jamaluddin yang walaupun dalam pertandingan merebut kerusi Ketua Pemuda, sempat menyuarakan keperluan kepada pemuda untuk bersatu bagi memadukan jentera Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil di kedua bukit.
Mungkin inilah penyebab sebenar kemenangan beliau dengan semangat dan moto SETIAKAWAN yang dibawanya.
Sunday, April 12, 2009
Btol ke ni..
Sunday, April 5, 2009
Tahniah Najib
Saturday, April 4, 2009
Apa itu gerakan/haluan kiri??
Sebagai ahli pre-PRM,iaitu Parti Sosialis Rakyat Malaysia(PSRM)sebelum parti ini menggugurkan ideologi sosialisme,Encik Nasir keluar dari PRM bersama dengan komrad yang masih kukuhkan fahaman sosialisme dan menubuhkan PSM,selain melanjutkan memperjuang untuk rakyat yang diekspoitasi & ditindaskan oleh kerajaan kanan(rasisme) ,adakah PSM suatu legasi pejuang kiri utama Malaysia selepas PSRM yang dibubarkan?Ataupun PRM sekarang yang tidak lagi memeluki fahaman sosialisme itu masih layak dianggap sebagai pejuang kiri?
Berasaskan kertas yang ditulis Encik Hassan yang sama dengan tajuk perbentengan,saya ingin mengemukakan pandangan saya terhadap kertas ini.
Kiri - Nasionalisme Malaya
Perkataan “Kiri”(Left)yang amat bermakna dalam kamus ideologi dan sosialisme ini sebenarnya berasal dari Revolusi Perancis,bahawa semua wakil kongres yang duduk di arah kiri itu adalah radikal.Benarkah para sosialis sekarang kesemuanya adalah bersikap radikal?Tidak.Perkataan asal ini ialah maksud lama pada kurun-18 dan sosialisme masih belum wujud lagi ,selepas abad ke-19,kiri itu bermakna ideologi poilitik yang “ber-Progresif”di kalangan parti politik,kedudukan rakyat & persatuan.PRM yang ditubuh pada 50-an oleh majoritinya masyarakat Melayu yang dipimpini oleh Ahmad Boestamam itu yang merupakan parti Nasionalis Progresif,tetapi PRM ketika itu berfahaman kiri dan “nasionalisme” itu bukan perkataan sempit yang difahamkan oleh parti kiri Melayu-UMNO.Nasionalis Ahmad Boestaman itu sebelumya (pada era KMM)itu mungkin kepentingan terhadap orang Melayu sahaja, PRM adalah parti kiri pertama yang mengesyorkan nasionalis “Malayan”,iaitu tidak bersifat perkauman.
Cuba kita mengkaji sejarah Malaysia/Malaya yang sebenar(bukan versi kerajaan BN), parti politik perikatan yang bernama AMCJA-PUTERA merupakan pakatan parti politik kiri yang terdiri daripada parti kiri ,islamik & nasionalis itu telah ditubuh sejak 1947,ia merupakan perikatan politik yang terawal sekali berbanding dengan perikatan kanan yang ditubuhkan oleh UMNO-MCA-MIC pada 1955.Malangnya AMCJA-PUTERA dibubarkan disebabkan pemerintahan darurat yang kejam oleh penjajah British yang menindaskan parti politik kiri & anti-komunisme.
Tidak boleh dinafikan bahawa AMCJA-PUTERA adalan perikatan pertama sebenar yang tidak mengirakan bangsa,agama & status,ia adalan pakatan parti pogressif & pengasas gerakan kiri dalam sejarah Malaysia.UMNO itu sebenarnya feudalis yang tidak menyokong kemerdekaan dan diperintah oleh penjajah orang putih , kesian rakyat Malaysia ditipu selama 50 tahun oleh kerana sejarah yang ditulis oleh kerajaan parti perikatan kanan .
PAS, DAP, PKR - Demokrats
Kebanyakan orang mungkin akan keliru sama ada PAS,DAP & PKR itu berfahaman kiri ke atau tidak?PAS yang ditubuh pada 50-an adalah legasi Hizbul Muslimin yang merupakan parti islamik kiri.Pemimpin pertama dan tokoh PAS Dr Burhanuddin Helmi juga adalah tokoh fahaman kiri Malaysia.Selepas Revolusi Islamik Iran pada 1979 yang mengenggami dunia Islam ,ia mula dipimpini oleh para ulama yang berfahaman agama sampai kini, kes-kes seperti pertubuhan negara Islam & Hudud yang diutamakan oleh PAS adalah tidak patut kerana rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum & beragama bebas.Yang janji,PAS adalah parti democrat Islam sekarang,bukan parti sekular atau fundamentalis.
DAP semenjak diasingkan dari PAP berfahaman sosial-demokrat dan bukanya sosialisme,tetapi ia juga dianggap sebagai parti politik kiri yang mementingkan perkembangan politik di kalangan rakyat Malaysia,terutamanya demokrasi.Walau bagaimanapun,faham social-demokrat DAP semakin kabur,tidak semacam dengan apa yang dilihat di Eropah Utara(yang kerajaannya pernah dipimpin olah parti social-demokrat),DAP lebih mementingkan kemajuan ekonomi bebas dan kurang memerhatikan masalah sosial yang mendalam,ia boleh dikira sebagai parti demokrat atau sepatutnya-liberalisme.
PKR ditubuh pada 2003 selepas gabungan PRM yang nasionalis progresif dengan PKN yang nasionalis Melayu.Adakah PKR parti boleh dikira sebagai parti nasionalis progresif juga?Pandangan saya ialah mungkin ,kerana ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum walaupun pimpinan asasnya diketuai orang Melayu.Lebih jelas dilihat ialah kemenangannya pada PRU-12 dan statusnya berkembang dari minority ke majority,ahli parlimen serta ahli DUNnya terdiri dari pelbagai kaum serta berlainan agama,dan parti politik-PSM & MDP bertanding dibawah tiket PKR.Tetapi,sama ada PKR itu berfahaman politik juga?Tidak. Ia boleh dianggap sebagai parti nasionalisme,atau parti yang lebih liberal sahaja.
UMNO dan MCA pula,tidak dinafikan bahawa selepas Partai Buruh dibubarkan,ahli kaum Cina yang banyak sekali telah menyertai MCA,sementara itu UMNO juga mempunyai ahli fahaman kiri yang kurang.Tetapi mereka tidak dapat menbuat apa-apa perubahan sekiranya mereka telah menyertai parti kanan & hanya berjuangan demi rakyat sendiri sahaja.Jadi,wajarkah mereka dianggap kiri & progresif?
PRM Tidak Lagi Bersifat Kiri
Encik Hassan mengatakan keguguran fahaman sosialisme tidak berkaitan dengan tembok Berlin yang jatuh pada 1989 & perbubaran USSR pada 1991.Yang pelik itu adalah kenapa ia tidak digugurkan pada 1986 selepas perbincangan PSRM tetapi pada tahun 1991? Adakah ini merupakan sesuatu kebetulan atau semuanya telah dirancangkan?
Mungkin PRM sudah berada dalam situasi yang kontradiksi selepas seluruh dunia pada masa itu anti-regim komunisme & mengadakan gerakan demokrasi di kalangan pekerja dan pelajar di Eropah Timur ketika itu. Selepas tembok Berlin jatuh,kesemua blok Komunisme yang memeluk apa yang dikata Sosialisme-tetapi Stalinisme itu jatuh seperti domino,PRM masih ada segelintir harapan lagi kerana Negara Sosialisme pertama USSR masih belum dijatuhkan.Inikah nasibnya sebagai sebuah Negara yang tidak lagi mementingkan kehidupan rakyat & ideology sosialisme,USSR bubar selepas berlakunya kes pemberontak yang dirancangkan oleh POLITBURO(Buro Politik).PSRM lega mengugurkan sosialisme saintifik atau dikenali sebagai Marxisme,fahaman terpenting di kalangan sosialis,dan balik ke pangkuan nasionalisme yang “so-called”progresif.
Memang benar politik kiri di Malaysia tidak berkaitan dengan keruntuhan Tembok Berlin & kejatuhan USSR,dan kenapa PSRM masih sudi mengugurkan sosialisme jika ia tidak berkaitan dengan aspek antarabangsa? PRM tidak berpihak dengan apa-apa komiti antarabangsa seperti Komintern atau China,tidak seperti PKM yang mematuhi arahan Komunis China & Partai Buruh yang akhirnya memeluk fahaman ultra-kiri iaitu Kultur Revolusi China.PRM ada jalannya sendiri,walaupun Fron Sosialis dibubarkan pada sekitar 60-an,ia masih merupakan parti kiri yang profesional selepas Partai Buruh dibubarkan,yang kurang itu mungkin parti tidak mengadakan reform dan “outdated”(bukan segi ideology tetapi management).
Bukan rakyat Malaysia menolak ideology sosialisme,seperti saya katakan sejarah Malaysia telah diubahsuai kepada suatu penipuan yang beranggap kiri & komunis itu adalah jahaman & terrorisme.Cuba kita lihat PKM,satu angkatan guerrilla yang dipimpini oleh Rashid Mahideen kesemuanya kaum Melayu,mereka memeluk fahaman komunisme yang berjuang mati apatah lagi sosialisme yang penting kepada rakyat dan ekonomi secara aman?
Ideologi sosialisme tidak “wide-spread”kepada kalangan masyarakat Melayu serta kaum lain secara betul dan dalam masa yang tepat,selepas ekonomik Malaysia berkembang,adakah sosialisme tidak berguna lagi dan merupakan ideologi “outdated”?Sekiranya ada rakyat yang miskin dan ditindas,gerakan kiri selalunya ada,sosialisme itu mesti ada!
Jadi,wajarkah sebuah parti yang asalnya fahaman kiri sosialisme(KMM sebelum itu barulah nasionalisme)mengugurkan sosialisme dianggap parti kiri?Wajarkah bendera partinya masih diwarnai merah yang bermaksud perjuangan rakyat & marhaen ?Wajarkah simbol banteng yang membawa lambang pekerja & gerakan kiri itu masih digunakan lagi?
Sosialisme Itu Kiri
Tiada luas atau sempit pada perkataan “kiri”ini,mulanya ia bersifat radikal,dan ia berunsur progresif dan selepas itu sosialisme.Hanya sosialis sahaja yang wajar menerima bahawa mereke ini “leftist”(orang kiri).Sosialisme yang orthodoks bukan fascisme atau nasional-socialisme yang ultra-kanan dan tidak berperimanusiaan,dan bukan sekadar radikal sahaja dan perjuangan darah yang tidak berhabis-habisan seperti komunisma.Sosialisme bela kepentingin rakyat jelata tidak membezakan kaum,teutamanya yang miskin,dan membawa makna “equality” dan “Justice” dalam ekonomik dan social,serta kemanusiaan,yang dikemukakan oleh sosialis Eropah pada abad 20-an yang mendeklamasikan Marxisme dan pandangan sosialisme yang lebih berperikemanusiaan.
Walaupun PRM pada masa sekarang telah mengugurkan fahaman sosialisme,tetapi apa yang mereka telah sumbang sebelum dan selepas merdeka dalam gerakan kiri ,membasmi kemiskinan serta mengetuai parti sosialisme lain,pekerja dan masyarakat yang status rendah,zaman kegemilangannya & sumbangannya tidak dapat dilupai.PRM yang berfahaman sosialisme kini telah lenyap dan tidak mempunyai ideology yang lebih bermakna selain apa yang dikata nasional progresif, kebanyakannya ahli pun telah bertukar posisi ke PKR,siapa yang telah gagal ?
Kewujudan Parti Sosialis Malaysia adalah sangat penting dan memberi harapan kepada gerakan kiri dan perjuangan rakyat dituruskan.Ideologi itu merupakan satu fahaman yang terdiri daripada social dan ekonomi,gerakan kiri tidak setentunya hanya berjuang demi sesuatu status,juga kekayaan dan hak kepunyaan rakyat secara aman dan demokrasi,bukan secara keganasan.Sebab itu dua ahli PSM telah dipilih oleh rakyat sebagai wakil mereka untuk berjuang demi hak asasi dan meningkatkan status kehidupan mereka.
Sosialisme tetap bentara gerakan kiri di Malaysia,malah di serata dunia juga,jika kesemuanya tidak kira apa fahaman progresif yang dianggapan kiri,apakah theori yang sebenarnya kiri?Lambang kiri sudah ditentukan sejak abad ke20,dan ia menjadi lambang yang bertentangan dengan apa yang mengugat & mengancami kehidupan & kepentingan setaraf di kalangan rakyat,kalau bukannya sosialisme,apa lagi?