Tuesday, July 27, 2010

Apa itu GST

Berikut merupakan perkara-perkara yang menerangkan apakah itu GST:

(i) GST adalah sejenis cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan bercukai oleh orang yang kena cukai dalam menjalankan perniagaan di Malaysia. GST juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.

(ii) Pembekalan barang dan perkhidmatan di dalam sistem percukaian GST diklasifikasikan status cukainya seperti berikut:
(a) berkadar standard;
(b) berkadar sifar; atau
(c) dikecualikan GST

(iii) GST dikenakan ke atas setiap pembekal yang berkadar standard oleh peniaga yang berdaftar di bawah GST (registran). Kadar standard yang dicadangkan 4%.

(iv) GST dikenakan pada setiap peringkat pembekalan di sepanjang rantaian pembekalan dari pengeluar hinggalah peruncit.

(v) GST sebanyak 4% yang dikenakan oleh seorang registran ke atas barang dan perkhidmatan yang dibekalkannya dipanggil ckai output, manakala GST yang dikenakan atau dibayar oleh registran ke atas barang dan perkhidmatan yang diperolehi untuk kegunaan perniagaanya dipanggil cukai input.

(vi) Registran tersebut akan mengakaunkan GST kepada Kerajaan di akhir sesuatu tempoh bercukai dengan menolak cukai input daripada cukai output. Tolakan ini disebut input tax credit (ITC).

(vii) Cukai output yang melebihi cukai input ataupun tidak ditolak apa-apa cukai input dikehendaki dibayar oleh registran dalam temppoh sebulan selepas suatu tempoh bercukai.

(viii) Sekiranya cukai input melebihi cukai output, perbezaan itu dibayar balik oleh Kerajaan kepada registran dalam tempoh 14 hari bekerja jika penyata dikemukakan secara eletronik dan 28 hari bekerja jika sebaliknya.

(ix) Kesan menggunakan prosedur tolakan cukai ini mengakibatkan cukai yang dikutip adalah cukai ke atas nilai ditambah justeru disebut VAT.

(x) Pembekalan yang berkadar sifar tidak mempunyai apa-apa impak GST kepada seorang pembeli tetapi registran yang membekalkan barang dan perkhidmatan berkadar sifar layak menuntut ITC.

(xi) Akan tetapi, bagi pembekalan yang dikecualikan daripada pengenaan GST pula, registran tidak layak menuntut ITC.

Sumber: Jabatan Kastam DiRaja Malaysia

1 comment:

  1. x faham doh..

    bapak pusing2 ayat dia..
    xde ke yang cerita dengan mudah..

    ReplyDelete