Sunday, April 5, 2009

Tahniah Najib

Jumaat 3/4/2009 menjelmakan lagi satu titik bersejarah dalam era pentadbiran Malaysia. Seorang anak kepada bekas PM kini mengikuti jejak langkah bapanya apabila dilantik menduduki kerusi no 1 negara. Pada sebelah petangnya Najib telah mengejutkan rakyat dengan melakukan lawatan mengejut ke beberapa tempat di ibu kota. Hal ini amat menarik perhatian kerana beliau hadir tanpa sambutan meriah dan iringan bungga manggar yang kononnya menjadi protokol menyambut kehadiran orang kenamaan. Satu usaha yang patut dipuji. Nampaknya Najib ingin mengambil langkah dan pendekatan yang akan mempopularkan dirinya tidak seperti Pak Lah. Jadi marilah kita sama-sama lihat sejauh mana pendekatan yang diambil ini mampu menarik perhatian rakyat dan apakah beliau boleh menjadi seorang pemimpin berjiwa rakyat. Sama-sama kita nantikan kerana Najib sendiri ada menyebut, "Nilailah saya berdasarkan apa yang saya lakukan". Marilah menilai.

No comments:

Post a Comment