Monday, April 13, 2009

Tolong baca kawan-kawan ku

Baru-baru ni ada beberapa kawan-kawan aku yang cakap dah bosan dan muak dengan cerita-cerita politik di Malaysia ni. Jadi mereka mengambil jalan mudah dengan terus melupakan dan tidak mahu mengambil tahu mengenai politik lagi. Aku rasa bukan kawan aku ni je yang buat macam tu kan. Mungkin beratus-ratus dan beribu-ribu lagi golongan muda MELAYU dan ISLAM yang ambil langkah serupa. Aku nak ajak kawan-kawan berfikir, tidakkah kawan-kawan tahu atau sedar perkara ini akan hanya menguntungkan bangsa lain. Dalam diam kaum cina mengambil peluang ini untuk terus bersama PR untuk menguasai Malaysia. Bukan nak pro BN atau UMNO membuta tuli. Tapi mari kita fikir bersama-sama.

Apakah ada penawar, atau satu cara untuk membersihkan politik? Kaum bijak pandai dan masyarakat secara amnya harus fikirkan bagaimana hendak wujudkan sebuah sanitation sistem, supaya najis-najis ini akan disalur keluar, jika tidak politik dan parti akan jadi seperti seorang yang sistem pencernaanya rosak. Mungkin itulah yang dimaksudkan Shahnon Ahmad tentang Tun Mahathir dalam novel Shitnya.

Jadi bagi aku, kita seharusnya mengutamakan musyawarah, bukan mufaraqah, yakni berbincang dulu demi menyelesaikan masalah, bukan langsung keluar, seperti yang berlaku ketika arwah Haji Muhammad Fuad yang tewas pada Tunku Abdul Rahman, terus menubuhkan parti Serpihan PAS. Atau Onn Jaafar dan Parti Negara, dan bagi mereka yang baru mula kenal politik, Anwar dan Parti Keadilanya.

Mufaraqah bila diamalkan akan menjerumus kepada kehancuran, kerana bila wujud parti serpihan atau Khawarij, mereka akan menjadi a state within a state, atau sebuah Negara dalam sebuah Negara yang lain, perhatikan sebuah keluarga yang berpecah. Sebuah nuclear family akan mengutamakan nasibnya dahulu sebelum nasib keluarga yang lebih besar. Lebih-lebih lagi kalau ia harus bersaing untuk mendapatkan rezeki yang sama dan terhad. Macam-macam strateji akan digunakan, dan strateji ini tidak terhad dengan memperbaiki produk tersendiri, tapi harus juga memburukkan produk lawan. Maka akan dikatakan mereka ini tidak boleh dipercayai, sering menipu (munafiq) dan akhirnya akan wujud budaya pengkafiran.

Tidakkah mereka memeriksa lembaran sejarah tentang politik serpihan ini? Puak Khawarij yang mendakwa puak Ali dan Muawiyah sebagai kafir, mereka pada asasnya bukanlah calang-calang sahabat, mereka mengamalkan solat malam, menghafaz Quran bahkan ada dikalangan mereka yang pernah bertemu Rasulullah SAW. Mereka mahukan segalanya dikembalikan pada Al-Quran dan sunnah, akan tetapi pada hari ini tidak ada ulama Ahlul Sunnah yang akan mengatakan bahawa tindakan mereka benar.

Tidakkah ulama PAS pada hari ini sedar bahawa apa yang mereka lakukan pada hari ini mengikuti corak langkah yang sama? Aku bukan nak menyangkal amal ibadah ulama PAS, ada dikalangan mereka yang imanya begitu tinggi dan sedikit sahaja yang mampu menandingi kekuatan spiritual mereka. Namun begitu, tak salah rasanya kalau aku nak ajak semua sekali orang-orang MELAYU dan ISLAM bermuhasabah diri, dan mengakui bahawa manusia mampu melakukan kejahatan dengan niat yang amat baik sekali.

Sabda Nabi; Akan keluar pada akhir zaman orang yang mencari dunia atas kedudukan agama, memperlihatkan pakaian agama di muka orang, lidahnya lebih manis dari madu, tapi hatinya adalah hati serigala"

Aku cadangkan macam mana kalau kita sama-sama berganding bawah satu haluan, hentikan perang saudara ini, cantumkan semula sungai yang lama terpisah, nescaya kemahuan dunia dan akhirat kedua- duanya dapat diperolehi. Insya-Allah hasil kerjasama kedua-dua idealogi yang berniat mahu majukan Malaysia dan masa depan umat Melayu agar menjadi kaum yang berilmu, berminda kreatif, berakhlak mulia dan mencintakan keadilan dan kebenaran. Insya-Allah, kaum Arab juga akan menurut precedent yang kita mulakan ini.

Hasil sintesis kedua-dua ini mampu menghasilkan bangsa yang berintegriti. Country before party. Cuba contohi Khairy Jamaluddin yang walaupun dalam pertandingan merebut kerusi Ketua Pemuda, sempat menyuarakan keperluan kepada pemuda untuk bersatu bagi memadukan jentera Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil di kedua bukit.

Mungkin inilah penyebab sebenar kemenangan beliau dengan semangat dan moto SETIAKAWAN yang dibawanya.

No comments:

Post a Comment